Pembangunan Negara
Wednesday, 6 April 2016
Maksud Pembangunan
- Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi.
Biasanya,pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara
daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi
pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi,politik,social,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain
itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal,kebendaan dan bukan
kebendaan.
- -Secara keseluruhannya,pembangunan ekonomi negara yang
seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar kini. Selepas
kemerdekaan,pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan
negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi
oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh
British sebelum ini.
- Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan
utama,iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang
(RRJP). Sejak merdeka,Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan
Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Rancangan dan Visi Pembangunan
Secara
umumnya,sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga
fasa utama,iaitu:
a) Perancangan zaman sebelum merdeka
Rancangan Pembangunan Negara Berjadual
Peringkat 1
- Rancangan Malaya 1
- Rancangan Malaya 2
- RMK-1
Peringkat 2
-RMK-2
-RMK-3
-RMK-4
-RMK-5
-DEB
Peringkat 3
-RMK-6
-RMK-7
-DPN
Peringkat 4
-RMK-8
-RMK-9
-DWN
Peringkat 5
-RMK-10
-RMK-11
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan Malaysia Lima
Tahun merujuk Pelan Jangka
Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk
melaksanakan program pembangunan kerajaan,menetapkan
sasaran perkembangan makraoekonomi dan juga saiz serta
peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor
awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga
menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor
swasta.
Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk
melaksanakan program pembangunan kerajaan,menetapkan
sasaran perkembangan makraoekonomi dan juga saiz serta
peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor
awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga
menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor
swasta.
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Objektif
1)Memajukan sektor luar
bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan
kadar kemiskinan.
2)Mempelbagaikan sumber
negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah
dan getah)
Pelaksanaan:
Penubuhan
2 agensi kerajaan:
1) Rural Industrial
Development Authority (RIDA) pada tahun 1953
2) Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA)
Kedua-duanya
berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup
penduduk luar bandar.
Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965)
Objektif
1)Memperbaiki kemudahan asas
dan infrastruktuk luar bandar
2)Menggiatkan projek-projek
pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA
3)Mempelbagaikan jenis
tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan
4)Membantu petani-petani
memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang
tengah.
Pelaksanaan:
1)Penyertaan lebih ramai
rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.
2)Peruntukan pembangunan
ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama
3)Bilik-bilik gerakan dibuka
di seluruh negara
4) Hasilnya,purata kadar
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)