Pelaksanaan:
-
Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau
masyarakat setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok
kejiranan yang menjalinkan rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas
- Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Keluarga berkait erat
dengan Agenda Integriti untuk Komuniti. Dalam komuniti terdapat pelbagai
institusi tradisional seperti ketua kampong,imam,penghulu,pemanca dan ketua
kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi
baharu. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identity
berlandaskan nilai tradisional.
- Terdapat penubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung (JKKK),Rukun Tertangga dan Jawatankuasa Penduduk yang menjaga
kerukunan hidup dalam komuniti,termasuk menangani gejala social. Juga terdapat
institusi khusus seperti sekolah,pusat asuhan
kanak-kanak,tadika,masjid,surau,pusat mengaji al-Quran dan institusi ibadat
lain yang boleh berperanan membina jasmani emosi,rohani dan intelek kanak-kanak
- Kesemua pertubuhan dan institusi akar umbi ini ialah saluran
penting yang boleh menyemai nilai-nilai murni serta memupuk etika anggota
komuniti dan warganegara. Pertubuhan dan institusi ini perlu diperkukuhkan dan
peranan mereka ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan
lain-lain dalam gerakan pemantapan integriti
Agenda
Integriti
a) Pengukuhan nilai-nilai
murni kejiranan dan komuniti
b) Pemantapan pertubuhan dan
institusi asas dalam komuniti
c) Pengukuhan semangat
patriotism dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam
sekitar
No comments:
Post a Comment