Ø Dasar-dasar ekonomi secara
keseluruhannya dapat dikatakan umpama tapak,panduan,falsafah,peraturan dan cara
mencapai sesuatu matlamat ekonomi negara. Dasar ekonomi juga merujuk usaha untuk
mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam
pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Pada peringkat
awal,terutama sebelum tahun 1971,sebahagian besar program pembangunan ekonomi
negara bertumpu kepada usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur
melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan per
kapita. Sememangnya dari setahun ke setahun,kedua-dua unsur ini menunjukkan
peningkatan, Namun,masih berlaku masalah kemiskinan dan penguasaan sektor
ekonomi tidak seimbang antara kaum. Misalnya,jurang kemiskinan antara golongan
kaya dengan golongan miskin masih terlalu nesar,monopoli sektor ekonomi oleh
sesebuah kaum masih ketara dan masalah pengangguran dalam kalangan penduduk
yang menyebabkan gejala social sering berlaku.
Program
pembangunan ekonomi perlu dirancang bagi memastikan seluruh rakyat memperoleh
keperluan asas (makanan,pakaian dan tempat tinggal) dan keperluan-keperluan
besar lain seperti kesihatan,pendidikan,keselamatan dan hak-hak kemanusiaan.
Selain itu,secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa strategi pembangunan
ekonomi negara selepas merdeka adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang
bagi semua sektor ekonomi,perpaduan kaum dan kestabilan politik.
Selepas
tragedy 13 Mei 1969,sebagai sebuah negara yang tergolong dalam kumpulan Negara
Dunia Ketiga ketika itu,Malaysia sedang merancang pelbagai pembangunan ekonomi
bagi membolehkan negara ini mencapai taraf Negara Perindustrian Baru (New
Industrialised Country). Hal ini kerana,kebanyakan negara maju di Barat yang
tergolong dalam kategori negara dunia pertama ialah sebuah negara
perindustrian.
Justeru,negara-negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia ketika itu
merancang pelbagai program pembangunan,terutama dalam sektor industry untuk
mencapai tahap atau status seperti negara-negara Barat.
Justeru,beberapa
buah dasar telah digubal dan diaplikasikan di negara ini. Antaranya adalah
dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembentukan
dasar-dasar ini penting kerana bukan sahaja bermotifkan perpaduan
rakyat,malahan mencukupi semua aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam negara.
Dasar-dasar ini juga dibentuk dengan mengambil kira setiap peringkat
umur,kaum,taraf social dan agama supaya lahir sikap bertolak
ansur,berperikemanusiaan,bertanggungjawab dan nilai-nilai murni yang lain dalam
kehidupan. Sejajar dengan itu juga,dasar-dasar yang berkait dengan pembangunan
social turut diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment