Penjelasan:
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan system
demokrasi dengan pemerintah dipilih melalui pilihan raya. Sistem ini
menggabungkan institusi raja berpelembagaan dengan system pemerintahan berparti
pada peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara berkala.
Sistem ini, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan
pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Sistem ini perlu dipertahankan dan
dikembangkan, manakala pelbagai kelemahan dan kekurangannya diperbaiki.
Sistem politik berparlimen, sistem pilihan raya, parti
politik, serta jentera pentadbiran merupakan tulang belakang kekuatan
masyarakat dan negara. Oleh sebab kesemuanya
terlibat dalam pengurusan kuasa yang memberikan kesan ke atas kemajuan
masyarakat dan negara, maka intergriti kesemua institusi ini ternyata sangat
penting.
Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutama bagi parti
yang memegang kuasa ialah memantapkan intergriti dan menangani jangkaan rakyat
yang kian meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia
luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka.
Dengan itu, mereka semakin tidak teragak agak untuk mengemukakan
tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu.
Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih
dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Mereka yang menceburi politik
atau yang berkuasa yang bersifat amanah , telus, bertanggungjawab, serta benar
benar berkhidmat demi kepentingan rakyat
dan negara. Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan
prinsip ‘ Bekerja bersama
– sama ketua , bukan untuk ketua , tetapi untuk rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment