Wednesday, 6 April 2016

Pelaksanaan Agenda Intergriti untuk Institusi Pentadbiran

Penjelasan :

   Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan     masyarakat dan negara. Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

    - Pentadbiran sektor awam ialah peneraju utama yang memberitakan perkihidmatan kepada masyarakat dan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh itu, intergriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.

    - Jentera pentadbiran menghadapi pelbagai jenis cabaran baharu seperti impak globalisasi dan kemajuan teknologi khususnya  teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) . Tuntutan rakyat untuk suatu jentera pentadbiran yang dinamik dan cekap juga semakin meningkat. Kesemua ini menjadikan tugas pentadbiran lebih mencabar.

      - Terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara bidang pentadbiran dengan bidang politik. Akibatnya, pihak pentadbir merasakan bidang politik mencampuri urusan mereka, manakala bidang politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertainya kerana mereka mendapat mandat daripada rakyat. Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara bidang pentadbiran dengan politik diharmonikan.

Agenda Intergriti

      a)    Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik

      b)    Peningkatan intergriti jentera pentadbiran awam.


No comments:

Post a Comment