Wednesday, 6 April 2016

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Ø Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia,proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Pelaksanaan kebudayaan dalam negara dapat memperlihatkan sifat-sifat yang baik,mulia dan seterusnya merealisasikan pembinaan negara bangsa.

Rasional :

Ø Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan menjadi garis panduan dalam membentuk,mewujud dan mengekalkan identity negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Ø Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan telah melahirkan proses interaksi,pengenalan,penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Ø Sebagai satu proses yang berterusan,pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur dan tiga prinsip. Ketiga-tiga prinsip tersebut adalah berteraskan kebudayaan penduduk asal negara ini,unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima dan Islam menjadi unsure kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Objektif:

Ø Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan

Ø Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan

Ø Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Strategi:

Ø Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kea rah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya

Ø Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

Ø Mewujudkan komunikasi yang berkesan kea rah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

Ø Memenuhi keperluan sosiobudaya


Ø Meningkatkan taraf dan mutu kesenian

No comments:

Post a Comment