a) Berteraskan Kebudayaan
Rakyat Asal Rantau
- - Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura,Brunei,Negara Thai dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik sehingga Malagsai merupakan bahagian
utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu
- - Rantau ini merupakan pusat pemancaran,pengembangan dan
warisan kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan ditandai pula oleh
kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (lingua franca)
- - Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan
dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa
Melayu-Austronesia,kedudukan geografi,pengalaman sejarah,kekayaan alam,kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya
- - Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,lambing
identity dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang
menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Oleh itu,kebudayaan rakyat asal rantau
ini,dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan
teras kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
b) Unsur-unsur Kebudayaan
Lain yang Sesuai dan Wajar Diterima
- - Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik,sentiasa berubah-ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya.
- - Dengan itu unsur-unsur budaya Cina,India,Arab,Barat dan
lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- - Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini bergantung kepada
tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan,prinsip-prinsip Rukun
Negara,kepentingan nasional,asas-asas moral,kerohanian sejagat dan Islam
sebagai agama rasmi negara.
c) Islam Menjadi Unsur
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
- - Agama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting
dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan
berperibadi mulia
- - Agama Islam patut menjadi unsure yang penting dalam
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama
rasmi negara,di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
No comments:
Post a Comment