Wednesday, 6 April 2016

Konsep PIN

Ø PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk,menyemai dan membaja system kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyrakat yang bermoral dan beretika,sekali gus negara yang berintegriti.

Ø PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum,lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya

Ø Pendekatan PIN adalah untuk mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan intergriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi kerajaan negara,iaitu eksekutif,perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integrity mereka,menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap,telus,adil dan berkesan


Ø PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integrity oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integrity seluruh masyarakat dan negara

No comments:

Post a Comment