Pelaksanaan:
- -Institusi agama sangat penting dalam membina integriti
individu,masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai
nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan
ajaran agama masing-masing. Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai
murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk
pendidikan,media,ekonomi,politik dan pentadbiran
- -Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak
harus menjadi masalah sekiranya pelbagai isu ditandai dengan baik. Justeru,sikap
saling menghormati,saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai
agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada
pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan
perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka
Agenda
Integriti
a) Peningkatan
kerjasama,persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama.
b) Penghayatan dan pengamalan
nilai-nilai murni ajaran agama
No comments:
Post a Comment