Wednesday, 6 April 2016

Pelan Tindakan Pembangunan Belia

Ø Kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 telah terus memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Bagi mempersiapkan belia menjadi pewaris yang berwibawa,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengatur inisiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan pihak kerajaan

Ø Penyediaan pelan tindakan menjadi sangat penting dan kritikal pada masa ini kerana golongan belia kini berhadapan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Jika tidak dipantau dan diatasi,hasrat serta inspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’ dikhuatiri terjejas

Ø Tujuan utama KBS menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional adalah untuk mendapatkan komitmen kerajaan dalam pelaksanaan terhadap strategi pembangunan belia. KBS sangat berharap dapat mengukuhkan dan memantapkan strategi sedia ada dan seterusnya mencadangkan strategi yang lebih relevan dan sesuai dengan keperluan belia masa ini dan masa hadapan selaras dengan perubahan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi

Ø Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional dirancang mengikut 11 teras pembangunan. Sebelas teras yang dipilih merupakan faktor yang meyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan belia pada masa akan dating serta amat penting dan kritikal dalam konteks K-Ekonomi.


No comments:

Post a Comment