Wednesday, 6 April 2016

Teras Program Rakan Muda

Penjelasan:

Menyediakan modul program Rakan Muda yang seragam sehingga ke akar umbi di samping memastikan mengandungi unsur-unsur patriotism,daya tahan,semangat berpasukan dan kepimpinan.

-Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan semua modul program Rakan Mudam

-Mewujudkan jawatan penggerak Rakan Muda pada peringkat parlimen dan DUN dengan mempunyai kemahiran pengurusan dan pemantauan aktiviti Rakan Muda

-Menyediakan bajet perlaksanaan yang mencukupi dan menggalakkan sumbangan swasta untuk membiayai program-program Rakan Muda

 -Menentukan pelaksanaan Rakan Muda secara terancang dengan mewujudkan kerjasama pintar (smart-partnership) dengan pertubuhan-pertubuhan belia atau NGO yang berwibawa

-Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau peringkat negeri bagi memastikan pelaksanaan dan pemantauan yang berterusan

-Meluaskan publisiti program Rakan Muda kepada umum dengan menggunakan pelbagai bentuk saluran media dan bahasa

-Mengukuhkan penyampaian perkhidmatan pelanggan dengan mewujudkan pusat khidmat pelanggan di pusat-pusat Rakan Muda yang sedia ada dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah

 -Mengguna pakai Akta PLKN untuk mewajibkan lepasan sekolah berusia 177 tahun menyertai aktiviti Perkhemahan Dinamik Rakan Muda,10 hari berbanding PLKN 90 hari dan menyertai aktiviti susulan Rakan Muda selama 80 hari

No comments:

Post a Comment