Pelan Integriti Nasional
(PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap
falsafah dan prinsip Rukun Negara,iaitu membina masyarakat yang bersatu
padu,adil,demokratik,liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima
prinsip rukun negara. PIN turut dibimbing falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke
arah mewujudkan sebuah negara maju
menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020
- Sebagai sebuah pelan yang
lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan
mereka,PIN mencerminkan cirri-ciri khusus masyrakat dan negara Malaysia. Di
samping itu,PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa,pengalaman
negara-negara lain serta impak arus globalisasi.
PIN adalah kesinambungan
dan penterjemahan falsafah,prinsip dan matlamatnya hendak dicapai dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategi sebelum
ini,di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.
No comments:
Post a Comment