Wednesday, 6 April 2016

Maksud Pembangunan

      - Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya,pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,social,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal,kebendaan dan bukan kebendaan.

-     -Secara keseluruhannya,pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar kini. Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh British sebelum ini.

Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama,iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka,Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment