Wednesday, 6 April 2016

Video Pembanggunan Negara


Maksud Pembangunan

      - Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya,pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,social,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal,kebendaan dan bukan kebendaan.

-     -Secara keseluruhannya,pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar kini. Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh British sebelum ini.

Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama,iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka,Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Rancangan dan Visi Pembangunan

     Secara umumnya,sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama,iaitu:

a)    Perancangan zaman sebelum merdeka

b)    Perancangan zaman selepas merdeka

c)    
Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

Rancangan Pembangunan Negara Berjadual

Peringkat 1
 - Rancangan Malaya 1
 - Rancangan Malaya 2
- RMK-1

Peringkat 2
-RMK-2
-RMK-3
-RMK-4
-RMK-5
-DEB
Peringkat 3
-RMK-6
-RMK-7
-DPN

Peringkat 4
-RMK-8
-RMK-9
-DWN

Peringkat 5
-RMK-10
-RMK-11


Rancangan Pembangunan Lima Tahun

   Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka
Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk
melaksanakan program pembangunan kerajaan,menetapkan
sasaran perkembangan makraoekonomi dan juga saiz serta
peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor
awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga
menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor
swasta.

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)


Objektif

1)Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar  kemiskinan.
2)Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah)

Pelaksanaan:

Penubuhan 2 agensi kerajaan:
1) Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953
2) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.


Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965)

Objektif 

1)Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktuk luar bandar
2)Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA
3)Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan
4)Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.

Pelaksanaan:

1)Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.
2)Peruntukan pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama
3)Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara
4) Hasilnya,purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.




Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) * Rancangan lima tahun pertama setelah pembentukan Malaysia


Objektif :

1)Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak)
2)Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi

Pelaksanaan:

Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan:
1)Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
2)Bank Bumiputra 1966
3)Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
4)Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Objektif:

Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.

Pelaksanaan :

1)Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
2)Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dalam tahun 1990.
3)Penubuhan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974

KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahin,iaitu lebih tinggi daripada yang dirancangkan,6.8% setahun. Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (2.5%),pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15%)

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Objektif:

1)Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi utama antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu.
2)Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara

Pelaksanaan:

1)Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH<DARA pada tahun 1980
2)Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan


Rancangan Malaysia Keempat

Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:

!.menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia

2.mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
3.meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
4.membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
5.mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
6.menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
7.memastikan pembangunan industri

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Objektif:

1)Mencapai perpaduan negara
2)Mencapai objektif DEB
3)Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat,perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain
4)Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport
5)Menggalakkan sektor pertanian dan luar bandar

Pelaksanaan:

1 )Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
2)Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran,pengurusan,keusahawanan,pembinaan,perhotelan dan perkapalan.
3)Menubuhkan Perbadanan Perlancongan Malaysia
4)Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.


Rancangan Malayia Keenam (1991-1995)

Objektif:

1)Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara
2)Mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai

Pelaksanaan:

1)Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakan program penswastaan.
2)Mengurangkan perbelanjaan tidak produktif
3)Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan
4)Mengubah sturuktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu.


Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2001)

Objektif:

1)Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara.
2)Pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan
3)Mempertingkatkan guna tenaga,pendidikan dan latihan
4)Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan,kesihatan,khidmat social dan infrastruktur ditekankan
5)Menggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan

Pelaksanaan:

1)Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaik perhubungan seperti KLIA,Hubungan Kedua Malaysia-Singapura,MEASAT dan lain-lain
2)Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan miskin
3 )Penempatan semula setinggan,projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
4)Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah university/pusat pengajian tinggi

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran 3.0%. Langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan dan membendung inflasi. Kadar pengangguran kekal pada paras rendah,3.0% manakala Indeks Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000

Rancangan Malaysia Kelapan (2002-2006)

Objektif:

1)Memperkukuh keupayaan,kebolehan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
2)Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi

Pelaksanaan:

1)Masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi
2)Dasar Penswastaan diperkukuhkan.
3)Menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor berteknologi tinggi
4)Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika

Rancangan Malaysia Kesembilan (2007-2011)

Objektif:

Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.

Pelaksanaan:

1)Memastikan pengagihan ekonomi yang saksama
2)Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar
3)Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera,pengagihan pendapatan antara kaum dan Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
4)Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan
5)Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
6)Merancakkan program penswastaan

Rancangan Malaysia Kesepuluh

Objektif:

1)    Memacukan ekonomi berdasarkan faktor dalam negara
2)    Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa
3)    Mentranformasi negara berpendapatan tinggi
4)    Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi
5)    Mengekalkan modal insane
6)    Memanfaatkan peluang sama rata,perkongsian pintar
7)    Menghargai khazanah negara.

Pelaksanaan:

1)    Pembangunan berasaskan kekuatan negara
2)    Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi
3)    Menuju kea rah pembangunan sosioekonomi secara inklusif
4)    Membangun dan mengekalkan modal insane bertaraf dunia
5)    Mewujudkan persekitaran kea rah meningkatkan kualiti hidup
6)    Mentranformasikan kerajaan kea rah mentranformasikan Malaysia

Dasar-dasar Utama Kerajaan

Ø Dasar-dasar ekonomi secara keseluruhannya dapat dikatakan umpama tapak,panduan,falsafah,peraturan dan cara mencapai sesuatu matlamat ekonomi negara. Dasar ekonomi juga merujuk usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Pada peringkat awal,terutama sebelum tahun 1971,sebahagian besar program pembangunan ekonomi negara bertumpu kepada usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan per kapita. Sememangnya dari setahun ke setahun,kedua-dua unsur ini menunjukkan peningkatan, Namun,masih berlaku masalah kemiskinan dan penguasaan sektor ekonomi tidak seimbang antara kaum. Misalnya,jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin masih terlalu nesar,monopoli sektor ekonomi oleh sesebuah kaum masih ketara dan masalah pengangguran dalam kalangan penduduk yang menyebabkan gejala social sering berlaku.

Program pembangunan ekonomi perlu dirancang bagi memastikan seluruh rakyat memperoleh keperluan asas (makanan,pakaian dan tempat tinggal) dan keperluan-keperluan besar lain seperti kesihatan,pendidikan,keselamatan dan hak-hak kemanusiaan. Selain itu,secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa strategi pembangunan ekonomi negara selepas merdeka adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi,perpaduan kaum dan kestabilan politik.

Selepas tragedy 13 Mei 1969,sebagai sebuah negara yang tergolong dalam kumpulan Negara Dunia Ketiga ketika itu,Malaysia sedang merancang pelbagai pembangunan ekonomi bagi membolehkan negara ini mencapai taraf Negara Perindustrian Baru (New Industrialised Country). Hal ini kerana,kebanyakan negara maju di Barat yang tergolong dalam kategori negara dunia pertama ialah sebuah negara perindustrian. 

Justeru,negara-negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia ketika itu merancang pelbagai program pembangunan,terutama dalam sektor industry untuk mencapai tahap atau status seperti negara-negara Barat.

Justeru,beberapa buah dasar telah digubal dan diaplikasikan di negara ini. Antaranya adalah dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembentukan dasar-dasar ini penting kerana bukan sahaja bermotifkan perpaduan rakyat,malahan mencukupi semua aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam negara. Dasar-dasar ini juga dibentuk dengan mengambil kira setiap peringkat umur,kaum,taraf social dan agama supaya lahir sikap bertolak ansur,berperikemanusiaan,bertanggungjawab dan nilai-nilai murni yang lain dalam kehidupan. Sejajar dengan itu juga,dasar-dasar yang berkait dengan pembangunan social turut diperkenalkan.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Ø Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia,proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Pelaksanaan kebudayaan dalam negara dapat memperlihatkan sifat-sifat yang baik,mulia dan seterusnya merealisasikan pembinaan negara bangsa.

Rasional :

Ø Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan menjadi garis panduan dalam membentuk,mewujud dan mengekalkan identity negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Ø Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan telah melahirkan proses interaksi,pengenalan,penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Ø Sebagai satu proses yang berterusan,pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur dan tiga prinsip. Ketiga-tiga prinsip tersebut adalah berteraskan kebudayaan penduduk asal negara ini,unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima dan Islam menjadi unsure kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Objektif:

Ø Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan

Ø Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan

Ø Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Strategi:

Ø Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kea rah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya

Ø Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

Ø Mewujudkan komunikasi yang berkesan kea rah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

Ø Memenuhi keperluan sosiobudaya


Ø Meningkatkan taraf dan mutu kesenian

Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengambil kira tiga aspek utama.

      a)    Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau

-       -  Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura,Brunei,Negara Thai dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik sehingga Malagsai merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu

-        - Rantau ini merupakan pusat pemancaran,pengembangan dan warisan kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan  keagungan tamadun Melayu berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca)

-      -   Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu-Austronesia,kedudukan geografi,pengalaman sejarah,kekayaan alam,kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya

-       -  Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,lambing identity dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Oleh itu,kebudayaan rakyat asal rantau ini,dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


       b)    Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang Sesuai dan Wajar Diterima

-       -  Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik,sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.

-       -  Dengan itu unsur-unsur budaya Cina,India,Arab,Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

-       -  Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan,prinsip-prinsip Rukun Negara,kepentingan nasional,asas-asas moral,kerohanian sejagat dan Islam sebagai agama rasmi negara.

      c)    Islam Menjadi Unsur Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

-        - Agama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia


-       -  Agama Islam patut menjadi unsure yang penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara,di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Pelan Tindakan Pembangunan Belia

Ø Kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 telah terus memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Bagi mempersiapkan belia menjadi pewaris yang berwibawa,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengatur inisiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan pihak kerajaan

Ø Penyediaan pelan tindakan menjadi sangat penting dan kritikal pada masa ini kerana golongan belia kini berhadapan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Jika tidak dipantau dan diatasi,hasrat serta inspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’ dikhuatiri terjejas

Ø Tujuan utama KBS menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional adalah untuk mendapatkan komitmen kerajaan dalam pelaksanaan terhadap strategi pembangunan belia. KBS sangat berharap dapat mengukuhkan dan memantapkan strategi sedia ada dan seterusnya mencadangkan strategi yang lebih relevan dan sesuai dengan keperluan belia masa ini dan masa hadapan selaras dengan perubahan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi

Ø Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional dirancang mengikut 11 teras pembangunan. Sebelas teras yang dipilih merupakan faktor yang meyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan belia pada masa akan dating serta amat penting dan kritikal dalam konteks K-Ekonomi.


Teras Pembangunan Ekonomi

Penjelasan:

-Mewujudkan pusat khidmat perniagaan belia bagi memberikan peluang kepada belia berkecimpung dalam semua bidang perniagaan,terutama di bandar-bandar kecil.

-Memperhebat Program Pembangunan Usahawan ICT dengan memberikan tumpuan kepada kursus computer yang diiktiraf dan penjualan alat-alat computer

-Memperluas program incubator untuk golongan belia

-Mewujudkan perniagaan pusat tuisyen untuk diusahakan oleh belia

-Mewujudkan bengkel membaiki motosikal dan kenderaan dengan kerjasama IKBN

-Mewujudkan satu rangkaian internet shop belia di seluruh negara

-Mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia bagi menganjurkan perniagaan berbentuk francais untuk belia seperti perniagaan makanan segera,peralatan sukan,tour & travel,internet shop,bengkel kereta dan perniagaan-perniagaan lain

-Memperbanyak sumber modal untuk ushawan belia dengan menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia,menubuhkan Tabung Teroka belia dan mensyaratkan 30% daripada pinjaman mikro kredit serta pinjaman TEKUN diberikan untuk usahawan belia

Teras Pembangunan Sumber Manusia

Penjelasan:

- Memantapkan program latihan kemahiran IKBN dengan menyediakan modul yang membolehkan belia belajar secara berterusan (life-long learning)

-Meneruskan latihan teknikal sedia ada di samping melaksanakan penilaian secara berterusan supaya memenuhi pasaran kerja dan memperkenalkan akreditasi kemahiran belia sebagai pelengkap kepada system akreditasi MLVK dan LAN

-Mewujudkan pengkhususan untuk setiap IKBN di samping memastikan setiap lepasan menghayati konsep kepimpinan yang positif

-Mengadakan kerjasama dengan MLVK di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi memperluas peluang latihan kepada belia yang keciciran

-Menyediakan satu ‘handbook’ pembangunan sumber manusia untuk persatuan belia

-Menggalakkan pertubuhan belia memainkan peranan sebagai sumber rujukan dan agen pembangunan pada peringkat komuniti setempat

-Meningkatkan kerjasama antara jabatan/agensi yang terlibat dengan pembangunan belia

-Memperbanyak sumber modal untuk ushawan belia dengan menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia,menubuhkan Tabung Teroka belia dan mensyaratkan 30% daripada pinjaman mikro kredit serta pinjaman TEKUN diberikan untuk usahawan belia

Teras Program Rakan Muda

Penjelasan:

Menyediakan modul program Rakan Muda yang seragam sehingga ke akar umbi di samping memastikan mengandungi unsur-unsur patriotism,daya tahan,semangat berpasukan dan kepimpinan.

-Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan semua modul program Rakan Mudam

-Mewujudkan jawatan penggerak Rakan Muda pada peringkat parlimen dan DUN dengan mempunyai kemahiran pengurusan dan pemantauan aktiviti Rakan Muda

-Menyediakan bajet perlaksanaan yang mencukupi dan menggalakkan sumbangan swasta untuk membiayai program-program Rakan Muda

 -Menentukan pelaksanaan Rakan Muda secara terancang dengan mewujudkan kerjasama pintar (smart-partnership) dengan pertubuhan-pertubuhan belia atau NGO yang berwibawa

-Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau peringkat negeri bagi memastikan pelaksanaan dan pemantauan yang berterusan

-Meluaskan publisiti program Rakan Muda kepada umum dengan menggunakan pelbagai bentuk saluran media dan bahasa

-Mengukuhkan penyampaian perkhidmatan pelanggan dengan mewujudkan pusat khidmat pelanggan di pusat-pusat Rakan Muda yang sedia ada dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah

 -Mengguna pakai Akta PLKN untuk mewajibkan lepasan sekolah berusia 177 tahun menyertai aktiviti Perkhemahan Dinamik Rakan Muda,10 hari berbanding PLKN 90 hari dan menyertai aktiviti susulan Rakan Muda selama 80 hari

Teras Pembangunan Sosial (Nilai)

Penjelasan:

 - Mewujudkan Indeks Nilai dan Tingkah Laku Belia untuk dijadikan asas pemantauan ‘kualiti’ belia di negara ini

-Mengenal pasti nilai dan tingkah laku belia yang perlu dimiliki selaras dengan matlamat pembangunan negara

-Menjadikan program dan aktiviti golongan belia sebagai alat atau intervensi social untuk membentuk nilai dan tingkah laku belia yang diperlukan oleh negara

-Melatih semua pegawai dan pihak yang terlibat dengan kegiatan belia dalam bidang pembentukan nilai dan tingkah laku belia serta kemahiran mengendalikan program intervensi

Teras Sistem Penyampaian

Penjelasan:

1          1)    Memperkasa keupayaan KBS dengan:

-      -Menaik taraf imej dan pejabat belia serta sukan daerah

-      - Mewujudkan skim tenaga penggerak belia dan sukan

-      -Memperofesionalkan pegawai belia dan sukan

-      - Meluaskan jenis perkhidmatan pembangunan belia seperti khidmat asas kaunseling kepada para      belia yang bermasalah
-
-      -Menyediakan satu perancangan aktiviti tahunan belia pada peringkat daerah sebagai asas pember peruntukan kewangan

-      -Menggredkan pertubuhan belia berdasarkan prestasi

       2)   Memperkasa Majlis Perundingan Belia Negara dan Negeri dengan

-        - Menaiktarafkan pengerusi

-        - Memastikan majlis memainkan peranan sebagai parlimen belia

-        - Memajukan cadangan kepada PM untuk melantik Menteri Belia dan Sukan sebagai Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara dan KSU sebagai ahli jawatankuasa kerja

-        - Meningkatkan kerjasama antara KBS dengan persatuan belia di semua peringkat

-        - Mewujudkan mekanisme penyelarasan antara agensi

-         -Mensyaratkan pertubuhan belia menyediakan perancangan aktiviti tahunan sebagai asas untuk KBS menyalurkan peruntukan


-       -  KBS hendaklah menilai keberkesanan semua program secara berterusan

Teras Peranan Media dan Komunikasi

Penjelasan

-Mengusahakan sokongan masyarakat media terhadap aktiviti belia

- Menganjurkan kursus kewartawanan belia untuk para wartawan dan golongan belia yang berminat dalam bidang kewartawanan,penulisan,penerbitan dan media

 -Membentuk panel strategi media dengan tugas khas bagi menerbitkan akhbar belia serta memperbanyak program belia di radio dan televisyen dan mengadakan sisipan aktiviti belia dalam akhbar utama

-Mewujudkan Unti Hubungan Media di Kementerian Belia dan Sukan dan juga di semua Pejabat Belia dan Sukan Negeri

-Berunding dengan penaja korporat kaedah promosi sukan yang diintegrasikan dengan promosi aktiviti belia


Teras Peranan Pertubuhan Belia

Penjelasan

-Memurnikan falsafah dan matlamat pergerakan pertubuhan belia memerusi Kempen Pemurnian dan juga penerbitan buku panduan Pengupayaan Pertubuhan Belia.

-Memantapkan imej pertubuhan  belia menerusi pameran,bengkel dan wacana pengupayaan pertubuhan belia serta melantik Ahli Dewan Negara daripada kalangan belia

 -Memantapkan prasarana pertubuhan belia dalam aspek kemudahan fizikal, pembangunan IT, pangkalan data serta sumber kewangan

 -Memperkasa martabat pertubuhan belia dengan mewujudkan indeks prestasipertubuhan belia, kempen penyertaan belia profesional , latihan kepimpinan, program kerjasama dengan institusi pembangunan dan membentangkan Akta Pertubuhan Belia di Parlimen

 -Meningkatkan profesionalisme dalam pertubuhan belia dan kerja belia menerusi bengkel kecemerlangan, penubuhan persatuan sekerja belia profesional, penggubalan kod etika kerja belia profesional,konvensyen  tahunan profesionalisme dalam kerja belia dan mengiktiraf Program Diploma Belia Dalam Pembanguna ( UPM ) sebagai keperluan akademik dalam kerja belia.