Wednesday, 6 April 2016
Maksud Pembangunan
- Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi.
Biasanya,pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara
daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi
pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi,politik,social,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain
itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal,kebendaan dan bukan
kebendaan.
- -Secara keseluruhannya,pembangunan ekonomi negara yang
seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar kini. Selepas
kemerdekaan,pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan
negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi
oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh
British sebelum ini.
- Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan
utama,iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang
(RRJP). Sejak merdeka,Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan
Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Rancangan dan Visi Pembangunan
Secara
umumnya,sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga
fasa utama,iaitu:
a) Perancangan zaman sebelum merdeka
Rancangan Pembangunan Negara Berjadual
Peringkat 1
- Rancangan Malaya 1
- Rancangan Malaya 2
- RMK-1
Peringkat 2
-RMK-2
-RMK-3
-RMK-4
-RMK-5
-DEB
Peringkat 3
-RMK-6
-RMK-7
-DPN
Peringkat 4
-RMK-8
-RMK-9
-DWN
Peringkat 5
-RMK-10
-RMK-11
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan Malaysia Lima
Tahun merujuk Pelan Jangka
Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk
melaksanakan program pembangunan kerajaan,menetapkan
sasaran perkembangan makraoekonomi dan juga saiz serta
peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor
awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga
menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor
swasta.
Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk
melaksanakan program pembangunan kerajaan,menetapkan
sasaran perkembangan makraoekonomi dan juga saiz serta
peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor
awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga
menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor
swasta.
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Objektif
1)Memajukan sektor luar
bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan
kadar kemiskinan.
2)Mempelbagaikan sumber
negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah
dan getah)
Pelaksanaan:
Penubuhan
2 agensi kerajaan:
1) Rural Industrial
Development Authority (RIDA) pada tahun 1953
2) Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA)
Kedua-duanya
berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup
penduduk luar bandar.
Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965)
Objektif
1)Memperbaiki kemudahan asas
dan infrastruktuk luar bandar
2)Menggiatkan projek-projek
pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA
3)Mempelbagaikan jenis
tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan
4)Membantu petani-petani
memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang
tengah.
Pelaksanaan:
1)Penyertaan lebih ramai
rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.
2)Peruntukan pembangunan
ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama
3)Bilik-bilik gerakan dibuka
di seluruh negara
4) Hasilnya,purata kadar
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.4% setahun.
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) * Rancangan lima tahun pertama setelah pembentukan Malaysia
Objektif
:
1)Memberi tumpuan kepada
aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu,Sabah
dan Sarawak)
2)Penekanan terhadap
pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi
Pelaksanaan:
Beberapa
buah agensi kerajaan telah dilahirkan:
1)Majlis Amanah Rakyat
(MARA) 1966
2)Bank Bumiputra 1966
3)Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
4)Lembaga Penasihat Tarif
dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Objektif:
Mengatasi
dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian
peristiwa 13 Mei 1969.
Pelaksanaan
:
1)Pengenalan DEB dengan
matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelakkan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
2)Menggalakkan pemilikan
modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dalam
tahun 1990.
3)Penubuhan Petroleum
Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
KDNK
meningkat pada kadar 7.4% setahin,iaitu lebih tinggi daripada yang dirancangkan,6.8%
setahun. Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (2.5%),pembuatan
(19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15%)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Objektif:
1)Merupakan peringkat kedua
pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi utama antara
wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu.
2)Penekanan kepada isu alam
sekitar dan keselamatan negara
Pelaksanaan:
1)Sebanyak 28 buah bandar
dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH<DARA pada tahun 1980
2)Badan-badan berkanun
seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan
Rancangan Malaysia Keempat
Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:
!.menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
2.mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
3.meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
4.membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
5.mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
6.menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
7.memastikan pembangunan industri
!.menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
2.mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
3.meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
4.membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
5.mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
6.menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
7.memastikan pembangunan industri
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Objektif:
1)Mencapai perpaduan negara
2)Mencapai objektif DEB
3)Meningkatkan peranan
sektor swasta dari aspek hak milik syarikat,perlesenan dan aktiviti ekonomi
yang lain
4)Meningkatkan pelaburan
asing terutama dalam sektor eksport
5)Menggalakkan sektor
pertanian dan luar bandar
Pelaksanaan:
1 )Menekankan bidang
penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan
kekurangan guna tenaga.
2)Pembangunan sumber manusia
dalam aspek latihan kemahiran,pengurusan,keusahawanan,pembinaan,perhotelan dan
perkapalan.
3)Menubuhkan Perbadanan
Perlancongan Malaysia
4)Memperkenalkan Tahun
Melawat Malaysia pada tahun 1990.
Rancangan Malayia Keenam (1991-1995)
Objektif:
1)Mengekalkan momentum
pembangunan pesat ekonomi negara
2)Mengurus kejayaan ekonomi
negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai
Pelaksanaan:
1)Menggalakkan penglibatan
sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakan program penswastaan.
2)Mengurangkan perbelanjaan
tidak produktif
3)Mengekalkan dasar
liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim
pelaburan
4)Mengubah sturuktur
industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran
yang lebih bermutu.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2001)
Objektif:
1)Mewujudkan pertumbuhan
ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat
daya tahan ekonomi negara.
2)Pembasmian kemiskinan dan
pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan
3)Mempertingkatkan guna
tenaga,pendidikan dan latihan
4)Pembangunan kemasyarakatan
seperti perumahan,kesihatan,khidmat social dan infrastruktur ditekankan
5)Menggiatkan program
penswastaan bagi meringankan beban kerajaan
Pelaksanaan:
1)Melaksanakan projek-projek
yang dapat menjana pendapatan dan memperbaik perhubungan seperti KLIA,Hubungan
Kedua Malaysia-Singapura,MEASAT dan lain-lain
2)Menyediakan kemudahan bagi
meningkatkan kualiti hidup golongan miskin
3 )Penempatan semula
setinggan,projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin
(PPRT)
4)Menambah peluang
pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah university/pusat pengajian tinggi
Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi
sasaran 3.0%. Langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan dan
membendung inflasi. Kadar pengangguran kekal pada paras rendah,3.0% manakala
Indeks Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000
Rancangan Malaysia Kelapan (2002-2006)
Objektif:
1)Memperkukuh keupayaan,kebolehan
dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
2)Penekanan kepada perpaduan
melalui pembangunan sosioekonomi
Pelaksanaan:
1)Masih menekankan
peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui
teknologi maklumat dan komunikasi
2)Dasar Penswastaan
diperkukuhkan.
3)Menggalakkan pelaburan
asing (FDI) terutama dalam sektor berteknologi tinggi
4)Pengenalan program Rakan
Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika
Rancangan Malaysia Kesembilan (2007-2011)
Objektif:
Matlamat
utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan
memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu
pembangunan fizikal.
Pelaksanaan:
1)Memastikan pengagihan
ekonomi yang saksama
2)Meningkatkan usaha membasmi
kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar
3)Meningkatkan pemilikan
ekuiti Bumiputera,pengagihan pendapatan antara kaum dan Pembangunan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
4)Menyediakan kemudahan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan
5)Menggalakkan penyertaan
perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
6)Merancakkan program
penswastaan
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Objektif:
1) Memacukan ekonomi
berdasarkan faktor dalam negara
2) Memanfaatkan kepelbagaian
etnik untuk kejayaan antarabangsa
3) Mentranformasi negara
berpendapatan tinggi
4) Pertumbuhan berasaskan
produktiviti dan inovasi
5) Mengekalkan modal insane
6) Memanfaatkan peluang sama
rata,perkongsian pintar
7) Menghargai khazanah
negara.
Pelaksanaan:
1) Pembangunan berasaskan
kekuatan negara
2) Mewujudkan persekitaran
untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi
3) Menuju kea rah pembangunan
sosioekonomi secara inklusif
4) Membangun dan mengekalkan
modal insane bertaraf dunia
5) Mewujudkan persekitaran
kea rah meningkatkan kualiti hidup
6) Mentranformasikan kerajaan
kea rah mentranformasikan Malaysia
Dasar-dasar Utama Kerajaan
Ø Dasar-dasar ekonomi secara
keseluruhannya dapat dikatakan umpama tapak,panduan,falsafah,peraturan dan cara
mencapai sesuatu matlamat ekonomi negara. Dasar ekonomi juga merujuk usaha untuk
mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam
pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Pada peringkat
awal,terutama sebelum tahun 1971,sebahagian besar program pembangunan ekonomi
negara bertumpu kepada usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur
melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan per
kapita. Sememangnya dari setahun ke setahun,kedua-dua unsur ini menunjukkan
peningkatan, Namun,masih berlaku masalah kemiskinan dan penguasaan sektor
ekonomi tidak seimbang antara kaum. Misalnya,jurang kemiskinan antara golongan
kaya dengan golongan miskin masih terlalu nesar,monopoli sektor ekonomi oleh
sesebuah kaum masih ketara dan masalah pengangguran dalam kalangan penduduk
yang menyebabkan gejala social sering berlaku.
Program
pembangunan ekonomi perlu dirancang bagi memastikan seluruh rakyat memperoleh
keperluan asas (makanan,pakaian dan tempat tinggal) dan keperluan-keperluan
besar lain seperti kesihatan,pendidikan,keselamatan dan hak-hak kemanusiaan.
Selain itu,secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa strategi pembangunan
ekonomi negara selepas merdeka adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang
bagi semua sektor ekonomi,perpaduan kaum dan kestabilan politik.
Selepas
tragedy 13 Mei 1969,sebagai sebuah negara yang tergolong dalam kumpulan Negara
Dunia Ketiga ketika itu,Malaysia sedang merancang pelbagai pembangunan ekonomi
bagi membolehkan negara ini mencapai taraf Negara Perindustrian Baru (New
Industrialised Country). Hal ini kerana,kebanyakan negara maju di Barat yang
tergolong dalam kategori negara dunia pertama ialah sebuah negara
perindustrian.
Justeru,negara-negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia ketika itu
merancang pelbagai program pembangunan,terutama dalam sektor industry untuk
mencapai tahap atau status seperti negara-negara Barat.
Justeru,beberapa
buah dasar telah digubal dan diaplikasikan di negara ini. Antaranya adalah
dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembentukan
dasar-dasar ini penting kerana bukan sahaja bermotifkan perpaduan
rakyat,malahan mencukupi semua aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam negara.
Dasar-dasar ini juga dibentuk dengan mengambil kira setiap peringkat
umur,kaum,taraf social dan agama supaya lahir sikap bertolak
ansur,berperikemanusiaan,bertanggungjawab dan nilai-nilai murni yang lain dalam
kehidupan. Sejajar dengan itu juga,dasar-dasar yang berkait dengan pembangunan
social turut diperkenalkan.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Ø Bagi sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia,proses pembentukan
kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat
melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Pelaksanaan
kebudayaan dalam negara dapat memperlihatkan sifat-sifat yang baik,mulia dan
seterusnya merealisasikan pembinaan negara bangsa.
Rasional
:
Ø Penggubalan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan menjadi garis
panduan dalam membentuk,mewujud dan mengekalkan identity negara dalam kalangan
dunia antarabangsa.
Ø Penggubalan dasar ini
perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau
dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan
perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat
pertemuan telah melahirkan proses interaksi,pengenalan,penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini
dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Ø Sebagai satu proses yang
berterusan,pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan
unsur dan tiga prinsip. Ketiga-tiga prinsip tersebut adalah berteraskan
kebudayaan penduduk asal negara ini,unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
wajar diterima dan Islam menjadi unsure kepada pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Objektif:
Ø Mengukuhkan perpaduan
bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan
Ø Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Ø Memperkaya dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi
Strategi:
Ø Pemulihan,pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan kea rah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan
melalui usaha sama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan
perhubungan budaya
Ø Meningkatkan dan
mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih
peminat,mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan
Ø Mewujudkan komunikasi yang
berkesan kea rah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
Ø Memenuhi keperluan
sosiobudaya
Ø Meningkatkan taraf dan
mutu kesenian
Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengambil kira tiga aspek utama.
a) Berteraskan Kebudayaan
Rakyat Asal Rantau
- - Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura,Brunei,Negara Thai dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik sehingga Malagsai merupakan bahagian
utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu
- - Rantau ini merupakan pusat pemancaran,pengembangan dan
warisan kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan ditandai pula oleh
kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (lingua franca)
- - Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan
dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa
Melayu-Austronesia,kedudukan geografi,pengalaman sejarah,kekayaan alam,kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya
- - Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,lambing
identity dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang
menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Oleh itu,kebudayaan rakyat asal rantau
ini,dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan
teras kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
b) Unsur-unsur Kebudayaan
Lain yang Sesuai dan Wajar Diterima
- - Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik,sentiasa berubah-ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya.
- - Dengan itu unsur-unsur budaya Cina,India,Arab,Barat dan
lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- - Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini bergantung kepada
tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan,prinsip-prinsip Rukun
Negara,kepentingan nasional,asas-asas moral,kerohanian sejagat dan Islam
sebagai agama rasmi negara.
c) Islam Menjadi Unsur
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
- - Agama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting
dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan
berperibadi mulia
- - Agama Islam patut menjadi unsure yang penting dalam
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama
rasmi negara,di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Pelan Tindakan Pembangunan Belia
Ø Kerajaan dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-8 telah terus memberikan tumpuan kepada pembangunan belia
kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Bagi
mempersiapkan belia menjadi pewaris yang berwibawa,Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) telah mengatur inisiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk
pertimbangan pihak kerajaan
Ø Penyediaan pelan tindakan
menjadi sangat penting dan kritikal pada masa ini kerana golongan belia kini
berhadapan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat membimbangkan masyarakat
dan kerajaan. Jika tidak dipantau dan diatasi,hasrat serta inspirasi kerajaan
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’
dikhuatiri terjejas
Ø Tujuan utama KBS
menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional adalah untuk mendapatkan
komitmen kerajaan dalam pelaksanaan terhadap strategi pembangunan belia. KBS
sangat berharap dapat mengukuhkan dan memantapkan strategi sedia ada dan
seterusnya mencadangkan strategi yang lebih relevan dan sesuai dengan keperluan
belia masa ini dan masa hadapan selaras dengan perubahan ekonomi yang pesat
serta arus globalisasi
Ø Pelan Tindakan Pembangunan
Belia Nasional dirancang mengikut 11 teras pembangunan. Sebelas teras yang
dipilih merupakan faktor yang meyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu
program pembangunan belia pada masa akan dating serta amat penting dan kritikal
dalam konteks K-Ekonomi.
Teras Pembangunan Ekonomi
Penjelasan:
-Mewujudkan pusat khidmat perniagaan belia bagi memberikan peluang
kepada belia berkecimpung dalam semua bidang perniagaan,terutama di
bandar-bandar kecil.
-Memperhebat Program Pembangunan Usahawan ICT dengan
memberikan tumpuan kepada kursus computer yang diiktiraf dan penjualan
alat-alat computer
-Memperluas program incubator untuk golongan belia
-Mewujudkan perniagaan pusat tuisyen untuk diusahakan oleh
belia
-Mewujudkan bengkel membaiki motosikal dan kenderaan dengan
kerjasama IKBN
-Mewujudkan satu rangkaian internet shop belia di seluruh
negara
-Mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia bagi
menganjurkan perniagaan berbentuk francais untuk belia seperti perniagaan
makanan segera,peralatan sukan,tour & travel,internet shop,bengkel kereta
dan perniagaan-perniagaan lain
-Memperbanyak sumber modal untuk ushawan belia dengan
menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia,menubuhkan Tabung Teroka belia dan
mensyaratkan 30% daripada pinjaman mikro kredit serta pinjaman TEKUN diberikan
untuk usahawan belia
Teras Pembangunan Sumber Manusia
Penjelasan:
- Memantapkan program latihan kemahiran IKBN dengan menyediakan
modul yang membolehkan belia belajar secara berterusan (life-long learning)
-Meneruskan latihan teknikal sedia ada di samping melaksanakan
penilaian secara berterusan supaya memenuhi pasaran kerja dan memperkenalkan
akreditasi kemahiran belia sebagai pelengkap kepada system akreditasi MLVK dan
LAN
-Mewujudkan pengkhususan untuk setiap IKBN di samping
memastikan setiap lepasan menghayati konsep kepimpinan yang positif
-Mengadakan kerjasama dengan MLVK di bawah Kementerian Sumber
Manusia bagi memperluas peluang latihan kepada belia yang keciciran
-Menyediakan satu ‘handbook’ pembangunan sumber manusia untuk
persatuan belia
-Menggalakkan pertubuhan belia memainkan peranan sebagai
sumber rujukan dan agen pembangunan pada peringkat komuniti setempat
-Meningkatkan kerjasama antara jabatan/agensi yang terlibat
dengan pembangunan belia
-Memperbanyak sumber modal untuk ushawan belia dengan
menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia,menubuhkan Tabung Teroka belia dan
mensyaratkan 30% daripada pinjaman mikro kredit serta pinjaman TEKUN diberikan
untuk usahawan belia
Teras Program Rakan Muda
Penjelasan:
Menyediakan modul program Rakan Muda yang seragam sehingga ke
akar umbi di samping memastikan mengandungi unsur-unsur patriotism,daya
tahan,semangat berpasukan dan kepimpinan.
-Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan semua
modul program Rakan Mudam
-Mewujudkan jawatan penggerak Rakan Muda pada peringkat
parlimen dan DUN dengan mempunyai kemahiran pengurusan dan pemantauan aktiviti
Rakan Muda
-Menyediakan bajet perlaksanaan yang mencukupi dan
menggalakkan sumbangan swasta untuk membiayai program-program Rakan Muda
-Menentukan pelaksanaan Rakan Muda secara terancang dengan
mewujudkan kerjasama pintar (smart-partnership) dengan pertubuhan-pertubuhan
belia atau NGO yang berwibawa
-Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau peringkat negeri bagi
memastikan pelaksanaan dan pemantauan yang berterusan
-Meluaskan publisiti program Rakan Muda kepada umum dengan
menggunakan pelbagai bentuk saluran media dan bahasa
-Mengukuhkan penyampaian perkhidmatan pelanggan dengan
mewujudkan pusat khidmat pelanggan di pusat-pusat Rakan Muda yang sedia ada dan
juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah
-Mengguna pakai Akta PLKN untuk mewajibkan lepasan sekolah
berusia 177 tahun menyertai aktiviti Perkhemahan Dinamik Rakan Muda,10 hari
berbanding PLKN 90 hari dan menyertai aktiviti susulan Rakan Muda selama 80
hari
Teras Pembangunan Sosial (Nilai)
Penjelasan:
- Mewujudkan Indeks Nilai dan Tingkah Laku Belia untuk
dijadikan asas pemantauan ‘kualiti’ belia di negara ini
-Mengenal pasti nilai dan tingkah laku belia yang perlu
dimiliki selaras dengan matlamat pembangunan negara
-Menjadikan program dan aktiviti golongan belia sebagai alat
atau intervensi social untuk membentuk nilai dan tingkah laku belia yang
diperlukan oleh negara
-Melatih semua pegawai dan pihak yang terlibat dengan kegiatan
belia dalam bidang pembentukan nilai dan tingkah laku belia serta kemahiran
mengendalikan program intervensi
Teras Sistem Penyampaian
Penjelasan:
1 1) Memperkasa keupayaan KBS
dengan:
- -Menaik taraf imej dan pejabat belia serta sukan daerah
- - Mewujudkan skim tenaga penggerak belia dan sukan
- -Memperofesionalkan pegawai belia dan sukan
- - Meluaskan jenis perkhidmatan pembangunan belia seperti
khidmat asas kaunseling kepada para belia yang bermasalah
-
- -Menyediakan satu perancangan aktiviti tahunan belia pada
peringkat daerah sebagai asas pember peruntukan kewangan
- -Menggredkan pertubuhan belia berdasarkan prestasi
2) Memperkasa Majlis Perundingan
Belia Negara dan Negeri dengan
- - Menaiktarafkan pengerusi
- - Memastikan majlis memainkan peranan sebagai parlimen belia
- - Memajukan cadangan kepada PM untuk melantik Menteri Belia dan
Sukan sebagai Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara dan KSU
sebagai ahli jawatankuasa kerja
- - Meningkatkan kerjasama antara KBS dengan persatuan belia di
semua peringkat
- - Mewujudkan mekanisme penyelarasan antara agensi
- -Mensyaratkan pertubuhan belia menyediakan perancangan
aktiviti tahunan sebagai asas untuk KBS menyalurkan peruntukan
- - KBS hendaklah menilai keberkesanan semua program secara
berterusan
Teras Peranan Media dan Komunikasi
Penjelasan
-Mengusahakan sokongan masyarakat media terhadap aktiviti
belia
- Menganjurkan kursus kewartawanan belia untuk para wartawan
dan golongan belia yang berminat dalam bidang kewartawanan,penulisan,penerbitan
dan media
-Membentuk panel strategi media dengan tugas khas bagi
menerbitkan akhbar belia serta memperbanyak program belia di radio dan
televisyen dan mengadakan sisipan aktiviti belia dalam akhbar utama
-Mewujudkan Unti Hubungan Media di Kementerian Belia dan Sukan
dan juga di semua Pejabat Belia dan Sukan Negeri
-Berunding dengan penaja korporat kaedah promosi sukan yang
diintegrasikan dengan promosi aktiviti belia
Teras Peranan Pertubuhan Belia
Penjelasan
-Memurnikan falsafah dan matlamat pergerakan pertubuhan belia
memerusi Kempen Pemurnian dan juga penerbitan buku panduan Pengupayaan
Pertubuhan Belia.
-Memantapkan imej pertubuhan
belia menerusi pameran,bengkel dan wacana pengupayaan pertubuhan belia
serta melantik Ahli Dewan Negara daripada kalangan belia
-Memantapkan prasarana pertubuhan belia dalam aspek kemudahan
fizikal, pembangunan IT, pangkalan data serta sumber kewangan
-Memperkasa martabat pertubuhan belia dengan mewujudkan indeks
prestasipertubuhan belia, kempen penyertaan belia profesional , latihan
kepimpinan, program kerjasama dengan institusi pembangunan dan membentangkan
Akta Pertubuhan Belia di Parlimen
-Meningkatkan profesionalisme dalam pertubuhan belia dan kerja
belia menerusi bengkel kecemerlangan, penubuhan persatuan sekerja belia
profesional, penggubalan kod etika kerja belia profesional,konvensyen tahunan profesionalisme dalam kerja belia dan
mengiktiraf Program Diploma Belia Dalam Pembanguna ( UPM ) sebagai keperluan
akademik dalam kerja belia.
Subscribe to:
Posts (Atom)